Double Chocolate Cheese Cake


Emm....kek ni nampak sedap, tapi buatnya agak complicated sket sbb terdiri dari 4 lapisan macam gambar di atas. Setiap lapisan xboleh dibuat sekaligus, sbb perlu disimpan dalam fridge (utk dibekukan seketika) sebelum di letak lapisan seterusnya.

Tekstur kek ni mmg lembut sbb xdibakar, hanya menggunakan gelatin. Resepi asal dari babycakes2u.com, tapi ada certain bahan yg saya ubah2 sket sukatannya sbb xnak terlalu manis.


Double Chocolate Cheese Cake
Sumber : Babycakes2u.com

Base
120gram biskut kosong tanpa inti (e.g biskut marie, tiger, etc)
70gram butter

1.Cairkan butter
2.Hancurkan biskut
3.Masukkan butter yang telah dicairkan ke atas biskut , gaul sebati.
4.Tekan adunan ini dalam pan kemas2. Gunakan pan yang boleh buka tepi
5.Masukkan ke dalam freezer (at least 30min)

Lapisan Coklat Mousse
250ml whipped cream
80gram gula *hk guna 50gm je
50gram serbuk koko
sedikit esen vanila
1 tsp gelatin *guna 1 ½ tsp
1 tsp nescafe
3 tbsp air panas

1.Pukul whipped cream sehingga kembang
2.Masukkan esen vanila, gula dan serbuk koko
3.Campurkan gelatin serta kopi/nescafe dan  air panas, larutkan.
4.Kemudian tuang ke dalam bancuhan whipped cream. Kacau sebati.
5.Tuang adunan ini ke atas base kek tadi.
 6.Masukkan dalam fridge, biarkan 1-2jam sebelum letak lapisan cheese.

Lapisan Cheese
250gram cream cheese
120gram gula kastor *guna 80gm je
170ml whipped cream
1 ½ tsp gelatin *guna 2 ½ tsp
80ml fresh milk

1.Pukul cream cheese bersama gula
2.Masukkan whipped cream dan pukul lagi
3.Masak gelatin bersama fresh milk sehingga gelatin hancur secara double boil.
4.Masukkan bancuhan gelatin dan fresh milk ke dalam adunan cream cheese
5.Pukul sedikit lagi untuk meratakan adunan
6.Tuang adunan ini ke atas lapisan coklat mousse yang telah dibekukan tadi
7.Masukkan ke dalam freezer  selama 1-2jam sebelum letak lapisan coklat ganache.

Lapisan Chocolate Ganache
170ml whipped cream
30gram serbuk koko
80 gram cooking choc
30 gram butter
50gram gula kastor

1.Masak kesemua bahan secara double boiling sehingga ganache agak2 pekat
2.Tuang ke atas lapisan choc mousse yang telah keras
3.Sejukkan dalam freezer sehingga semua lapisan keras 

* sesuai menggunakan loyang spring foam
* guna pisau yg telah dicelup dengan air panas supaya potongan kek lebih cantik (pic kat atas tu kes terlupa nak celup)
* 1 resepi sesuai utk kek bersize 7 @ 8 inch

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

SyaNa_SaN said...

amboi she... sedap nieyhh!! =) nnt letakkan resepi kek yg sodap2x bebnyk lagi.. Nnt aku cuti 4 bulan nieyhh ak try satu persatu. Insya-Allah!

Hijau Kasturi said...

okies,bleh je sya..makin kembang la ko ek nant..hehehehe

blog-tips-kurus said...

sangat menggiurkan. lagi best klu tuan blog yang buatkan:-)

Hijau Kasturi said...

blog-tips-kurus,ari 2 da wat da..tp sume da kt dlm perut..hehe

e.m.o.g.i.r.l. said...

sya: watkan...:D
shida: watkn jgk tuk sye..:D

Post a Comment