Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Puteri Ayu

Kuih puteri ayu ni memang lembut dan sedap. hk buat 2 perasa, satu yg original pandan dan satu lagi coklat.

Resepi seperti dibawah :

Puteri Ayu
Sumber : Rossitam, myresipi

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

* Kalau nak buat 2 perasa, bahagikan adunan dalam 2 mangkuk. 1 bahagian letakkan perasa pandan dan 1 bahagian lagi masukkan 5tbsp serbuk koko (ni depends nak letak brapa sudu).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Donut


First time buat donut sendiri, menggunakan resepi dari skyblue. Alhamdulillah menjadi n lembut. Resepi seperti dibawah :

DONUT

Sumber : Skyblue Myresipi

Bahan-bahan

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS